RPH

Assalammualaikum , Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Ini adalah ruangan RPH. Silalah beri respon.
Terima kasih.

Rancangan  Pengajaran Harian Bahasa Malaysia Tahun 1 2012.
Sekolah Kebangsaan Pekan Putatan Kota Kinabalu, Sabah.

Mata Pelajaran   : Bahasa Malaysia.
Kelas                  : Tahun Satu Anemon.(Tahap 1) Kategori Sederhana.                              
Bilangan Murid  : 30 Orang .
Tarikh                 : 06-11-2012.
Masa                   :  1.50- 2.50 Petang. (60 minit)
Tema                  : Mari Bertani.
Tajuk                  : Kebun Datuk Anas.
Standard
Pembelajaran      : 2.3.2 Membaca kuat ayat tunggal dan ayat majmuk dengan lancar, sebutan
                                       yang jelas dan intonasi yang betul mengikut tanda baca.
Objektif
Pembelajaran      : Pada akhir unit ini murid akan dapat:
1.      Membaca ayat tunggal dan ayat majmuk daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul.
Bahan bantu
Mengajar              :  Lembaran kerja dalam petikan, kad ayat tunggal dan ayat majmuk, sayur-
                                sayuran dan kad gambar yang menunjukkan kebun Pak Mamat.
EMK                     :  Kreatif dan Inovatif
                                -  Menjana Idea
                                -  Menghubungkait
                                -   Bacaan Intensif
                                     Nilai /Sikap
-          Rajin, kerjasama dan tolong menolong.



Refleksi                : 1.  85% murid dapat membaca ayat tunggal /majmuk dengan lancar, sebutan
                                    yang jelas dan intonasi yang betul dan mengikut tanda baca.

1.      15% murid tidak dapa tmenguasai pembacaan ayat tunggal  dan ayat majmuk dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Langkah/
Masa


                Aktiviti pengajaran dan   
                Pembelajaran.


Catatan
Set Induksi
(5 minit)
           1.  Menyanyi ‘Lagu Pak Mamat ada kebun”
           2.  Guru menunjukkan benda mewujud yang berkaitan  dengan tajuk pelajaran.

-Murid menyanyi.
- Sayur-sayuran segar.
Langkah 1
(5 minit)
           1.Guru meminta murid memerhatikan gambar
           2.Murid menjana idea dari pemerhatian gambar
           3. Guru memberitahu tajuk pelajaran “ Kebun Datuk
Anas”.

-Pemarhatian gambar
-Gambar berkebun
Langkah 2
(10 minit)
           1. Guru mengarah murid baca bahan bacaan. (senyap).
           2.Guru membimbing murid baca petikan.
           3.Bersoaljawab tentang bahan bacaan.
1.       Apakah tanaman yang ditanam oleh datuk Anas?
2.       Apakah alat yang digunakan oleh datuk Anas untuk membuat batas?
3.       Bagaimanakah perasaan datuk Anas  melihat tanamannya  hidup subur?

-Petikan lambaran kerja.

-Kemahiran membaca.

-kemahiran mendengar
dan bertutur.
Langkah 3
      (10  minit )
          1.  Guru mengarahkan beberapa orang murid
(individu)
          2. membaca petikan diikuti oleh semua murid .
       

-Kemahiran membaca

Langkah/
Masa.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan
Langkah 4
(15 minit)
           1.Guru menunjukkan kad ayat tunggal dan ayat majmuk dan arah murid baca dengan sebutan betul.
Contoh ayat:
1.      Ini kebun sayur datuk Anas.
2.      Pak Mamat sedang membuat batas.
3.      Kebun datuk Anas ada sayur bayam, bendi , kangkung dan kacang panjang.
4.      Anas membantu datuknya menyiram sayur.
5.      Sayur-sayuran itu hidup subur.

         2. Murid menggaris ayat majmuk dan ayat tunggal
  dalam petikan.




Menggaris ayat tunggal dan ayat majmuk sebagai pengukuhan.
Langkah 5
(10 minit)

          1. Murid melengkapkan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan      memilih jawapan yang betul.
1.      Ini _________________ sayur datuk Anas, (taman, kebun).
2.      Pak Mamat sedang membuat ____________.(batas, kolam).
3.      Kebun datuk Anas ada sayur bendi dan ______________
(kangkung, kurma).
4.      Anas membantu datuknya menyiram______________(sayur, bunga).
5.      Sayur-sayuran itu hidup ________(layu, subur).

          2. Mewarna gambar sayur-sayuran.





-  kangkung
-  bendi
 - bayam
 - terung
 - kacang - 
   panjang.

- Gambar
  sayur- 
  sayuran.
-           

Penutup.
(5 minit)
1.      Guru memberi rumusan secara ringkas tentang pengajaran hari ini. “Berkebun” dan menyelitkan nilai-nilai murni.

Penerapan nilai murni.
- rajin
- tolong-      menolong.
- makanan sihat.(menjaga kesihatan)
-           




  

                                       

10 comments:

  1. sangat jelas tentang rancangan pengajaran cikgu. semoga memberikan manfaat

    ReplyDelete
  2. Salam Maal Hijrah,
    Cikgu Hjh Sitti satu persediaan rancangan pengajaran yang mantap. Semoga murid-murid belajar dengan seronok

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah..
    Terima kasih atas respon cikgu Ros.

    ReplyDelete
  4. Cikgu Hjh Siti rancangan pengajaran yang telah disediakan amat sesuai sekali.Tahniah cikgu.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum cikgu..
    Terima kasih atas pandangan cikgu.

    ReplyDelete
  6. Salam,
    Satu persediaan mengajar yang baik. Tahniah...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum...
    RPH yang tersusun dan mengambilkira keupayaan murid tahun 1..tahniah cikgu Sitti

    ReplyDelete
  8. Waalaikumsalam ....
    Terima kasih atas pandangan kawan-kawan semua....

    ReplyDelete
  9. Assalamulaikum w.b.t...Tahniah rancangan pengajaran yang baik dan sesuai untuk murid tahun 1.

    ReplyDelete
  10. Waalaikumsalam cikgu.
    Terima kasih atas respon cikgu.

    ReplyDelete