Latihan B.M

Ruangan ini adalah latihan Bahasa Malaysia untuk Tahun1.
Silalah beri respon. Terima kasih.

Tahun 1 2012. Bahasa Malaysia
Latihan 1.
Soalan: Lengkapkan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan memilih jawapan yang betul.

1. Ini ________________ sayur datuk Anas, ( taman, kebun).

2. Pak Mamat sedang membuat ______________.

( batas, kolam ).

3. Kebun datuk Anas ada sayur bendi dan ________________.

(kangkung, kurma ).

4. Anas membantu datuknya menyiram __________________.

( sayur, bunga ).

5. Sayur-sayuran itu hidup ___________________.

( layu, subur ).

6. Datuk Anas sangat ___________________

berkebun.(malas, rajin ).

7. Mak Jah membubuh ______________ pada sayur-sayuran itu.

( baja, air ).

Latihan 2.
Mata Pelajaran: Bahasa Malaysia.
Tahun Satu Anemon 2012.

Tajuk: Haiwan. 

Mari kita menyanyi bersama-sama.

Kayu oh kayu
Mengapa engkau basah?
Bagaimana aku tak basah 
Hujan timpa aku (2X)

Hujan oh hujan 
Mengapa kau timpa kayu?
Bagaimana aku tak timpa
Katak panggil aku (2X)

Katak oh katak
Mengapa panggil hujan?
Bagaimana aku tak panggil 
Ular nak makan aku (2X)

Ular oh ular
Mengapa nak makan katak ?
Bagaimana aku tak makan
Memang makanan aku (2X) 

Latihan 3
Aspek Tatabahasa,

Isi tempat kosong dengan perkataan berimbuhan awalan yang diberi.

bersenam   melukis   berbaris   melawat   melompat   bercakap   memakai    memasak.

1.  Encik Ramli____________baju kemeja dan berseluar panjang.

2.  Murid-murid mesti__________ apabila loceng berbunyi.

3..Kami hendak______________ke Pulau Pinang.

4.  Bapa dan emak sedang___________________di ruang tamu.

5.  Anis Suraya gemar _____________gambar.

6.  Puan Mursida sedang _________________di dapur.

7.  Mereka ____________apabila ternampak seekor tikus.

8..Kita mesti_______________untuk menjaga kesihatan.

Latihan 4.
Aspek Tatabahasa.

Padankan frasa-frasa-di bawah menjadi ayat.

1.  sungai berasa sedih                                  berbau busuk.

2.  Badan sungai ada                                     kerana badanya sangat kotor.

3.  Badan sungai                                            membersihkan badan sungai.

4. Pokok menolong                                         banyak sampah



Latihan 5
Membaca dengan jelas dan intonasi yang betul.

Kebun Datuk Anas.

Ini kebun sayur datuk Anas.
Datuk Anas, Pak Mamat, sedang membuat batas.
Dia menggunakkan cangkul untuk membuat batas.
Di kebun datuk ada sayur bayam, bendi dan kangkung.
Selain itu, ada juga sayur petola, kacang panjang dan terung.
Anas membantu datuknya menyiram sayur setiap hari.
Nenek Anas, Mak Jah pula membubuh baja pada sayur-sayuran itu.
Sayur-sayuran itu hidup subur.


Latihan 6
Baca cerita di bawah dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai.

Anak tikus Si Cit-Cit  mendengar nasihat.

Anak tikus hendak bermain di luar lubang.
Dia meminta izin daripada ibunya. 
Ibu tikus melarang anaknya bermain di luar lubang.
Kawasan di luar lubang  sangat bahaya.
Bapa tikus juga melarang anaknya bermain di luar lubang.
Di luar lubang ada banyak kucing.
Kucing suka makan tikus.
Anak tikus faham kata-kata ibubapanya.
Dia mendengar nasihat.
Anak tikus tidak pergi bermain di luar lubang yang bahaya itu.


Latihan 7.
Mari menyanyi, selepas itu kita tulis suku kata.

Kereta Kecil.

Ayahku balik dari kota
Ayahku belikan kereta
Kereta kecil warna merah 
Boleh kupandu ke sekolah

Pon pon pon pon pon
Pon pon pon pon pon
kereta kecilku berbunyi
Marilah adik mari naik
Boleh kubawa jumpa nenek.

Latihan 8
Menjaga kebersihan dikalangan murid-murid sekolah amatlah penting.
Mari kita menyanyi  dan ingat semasa di rumah bangun pagi pergi mandi dan sentiasa cuci gigi.

Lompat si Katak Lompat.

Lompat si katak lompat
Lompat dalam perigi
Cepatlah adik cepat......
Cepatlah bangun pagi.

Lompat si katak lompat
Lompat dalam perigi
Cepatlah adik cepat........
Pergi mandi cuci gigi.

Latihan 9
Baca petikan di bawah. Kemudian , tulis kata nama khas yang terdapat dalam 
petikan tersebut.

      Alia ada datuk dan nenek.  Mereka tinggal di Penampang.  Usia mereka
 menjangkau 60 tahun.
      Nenek Alia bernama Faridah dan datuknya benama Ramlee.
Nenek Alia sangat pandai memasak manakala datuk Alia suka berkebun.  Datuk Alia mempunyai dusun buah-buahan.
      Pada bulan Mei yang lalu, Alia sekeluarga telah pulang ke kampung dengan Perodua Kembara.


Arahan: Tulis Kata Nama Khas

1.  _______________                                4.  __________________

2.  _______________                                5.  __________________

3.  _______________                                6.  __________________


Latihan 10
Garis kata tanya yang betul

1.  (Bilakah,  Siapakah) nama kawan baik kamu?

2.  (Apakah,  Di manakah) nama sekolah Azrul?

3.  (Bilakah,  Berapakah)  umur adik kamu?

4.  (Apakah, Bilakah) kamu pergi ke rumah Dayana?

5. (mengapakah, Apakah) Anis suka berkawan dengan Humairah?


Latihan 11
Baca petikan di bawah ini. Tandakan (/) pada pernyataan yang betul (X) pada pernyataan
yang salah.

     Pada setiap hari Ahad, Nabil mengikut ibunya ke pasar.  Nabil suka pergi ke pasar.  Ikan-ikan dan 
sayur-sayuran di pasar itu segar belaka.

     Ibu nabil membeli ikan.  Kemudian, ibunya membeli sayur-sayuran.  Dia memasukkan barang itu ke dalam bakul.

      Nabil suka makan sayur.  Ibu menyuruh Nabil makan sayur.  Sayur baik untuk kesihatan.

1.  Nabil mengikut ibu ke pasar.                      (     ).

2.  Nabil menolong ibu membawa makanan.   (     ).

3.  Ikan dan sayur dijual di pasar.                   (     ).

4.  Ibu membeli buah-buahan                          (     ).

5.  Nabil gemar makan sayur.                          (     ).

Latihan 12
Kata Hubung.
Kata yang menghubungkan kata dengan kata, ayat dengan ayat, dan frasa dengan frasa.
Contoh- dan,  atau,  kerana,  supaya, sambil  dan sebagainya.
1.  Minah dan Suria ke sekolah.
2.  Adik menangis kerana gigitnya sakit.

Isi tempat kosong dengan kata hubung yang betul.

1.  Khalid __________ Aidil ke padang bersama-sama.

2.  Dayang Sulima tidak ke sekolah ___________ deman.

3.  Kamu suka makan buah betik _____________ limau?

4.  Kita harus bersenam ___________ badan kita sihat.

5.  Zarina mengelap lantai ___________ bernyanyi.



16 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Ayat tunggal dan ayat majmuk sesuai untuk murid-murid Tahun Satu. Ayatnya ringkas dan mudah difahami. Murid-murid boleh membuat latihan ini dengan senang dan mudah yang bersesuaian mengikut tahap pengetahuan murid-murid

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Cikgu....

      Terima kasih kerana memberi pandangan yang membina semoga kita dapat menjalankan tugas dengan cemerlang dan melahirkan murid yang cergas dari segi rohani , jasmani dan intelek selaras dengan falsafah pendidikan negara.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum cikgu...
    Wah, ada menyanyi. Memang menyeronokkan murid..Teruskan usaha cikgu

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,
    Murid-murid memang suka pada lagu bangau oh bangau ini.Insya Allah pengajaran akan lebih berkesan

    ReplyDelete
  6. Walaikumsalam Ustazah..
    Untuk menarik minat murid-murid Tahun satu untuk terus belajar salah satu cara ialah menyanyi.Mereka suka kerana merasa terhibur dan menyoronokkan.

    ReplyDelete
  7. latihan yang sangat sesuai untuk murid2. teruskan usaha anda ya cikgu

    ReplyDelete
  8. Asalamualaikum...
    Terima kasih atas respon anda...
    Saya akan cuba yang terbaik.

    ReplyDelete
  9. Latihan sangat sesuai dengan murid-murid tahun satu. Aktiviti nyanyian juga sangat menyeronokan bagi murid tahun satu.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum...
    Terima kasih atas pandangan cikgu..

    ReplyDelete
  11. Salam Cikgu Sitti, izinkan saya gunakan latihan di atas untuk anak didik saya pula yea :)

    ReplyDelete
  12. Waalaikumsalam cikgu Maz,
    Dialu-alukan untuk kita sama-sama berkongsi ilmu..
    Terima kasih...

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum, Latihan cikgu padat dan mantap. Sesuai dijadikan latihan di dalam bilik darjah atau kerja rumah. Tahniah cikgu...

    ReplyDelete
  14. Waalaikumsalam cikgu.
    Terima kasih atas pandangan cikgu..

    ReplyDelete