Nota


Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Ruangan ini adalah catatan nota. Silalah beri respon. 
Terima kasih.

Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Malaysia Tahun Satu.

       Dunia pendidikan mengalami perkembangan yang sangat dinamik dalam arus globalisasi.  Perkembangan ini juga menuntut perubahan dalam kurikulum. Seiringan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil inisiatif menyemak dan melakukan penambahbaikan dalam kurikulum.
       Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah kebangsaan mengambil kira pendekatan pengajaran Bahasa Malaysia sebagai bahasa pertama.  Kepelbagaian pengajaran dan pembelajaran,  minat dan kecederasan yang berbeza dalam kalangan murid turut diberi penekanan.  Selain itu, aktiviti kokurikulum di luar bilik darjah turut dijadikan landasan bagi membina keyakinan diri, mengetengahkan bakat, memupuk sifat kepimpinan, dan ketokohan murid dalam pelbagai bidang.  Aktiviti kokurikulum juga berupaya memantapkan penguasaan berbahasa  serta menyokong pelaksanaan Standard Kurikulum Bahasa Malaysia.
Tunjang Kurikulum Standard Sekolah Rendah.
       Standard Kurikulum Bahasa Malaysia di bina berasaskan enam tunjang, iaitu Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai kemanusiaan.  Literasi sains dan teknologi , Fizikal dan Estetika dan Keterampilan Diri.  Enam tunjang tersebut merupakan dominan utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif.
    


Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

       Saya telah menjalankan instrumen literasi menulis saringan 3 di kelas 1 Anemon bagi matapelajaran Bahasa Malaysia. Semua murid Tahun Satu mengikuti saringan ini yang mengandungi 12 konsturk. Sekiranya murid tersebut menguasai 12 konsturk maka murid tersebut terlepas daripada linus dan masuk ke Arus Perdana.


Assalamualaikum, Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
       Sebelum cuti sekolah, sekolah kami telah selesai menjalankan Program 2P bagi  
membantu murid-murid LINUS. Saya salah seorang MENTOR dan mempunyai 4orang murid (MENTEE).3 orang daripada murid saya telah berjaya memasuki arus Perdana manakala seorang lagi masih dibimbing.


Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Berkongsi gembira tentang keputusan UPSR SK Pekan Putatan 2012.
       Pada 18 Nov 2012 keputusan UPSR telah pun dikeluarkan. Seramai 7 orang murid telah 
mendapat 5A di sekolah saya.  Anak saya salah seorang daripadanya. Saya merasa gembira. Begitu juga dengan semua guru SK Pekan Putatan terutamanya Guru Besar. Saya ingin merakamkan berbanyak -banyak terima kasih kepada semua guru SK Pekan Putatan yang telah membimbing anak saya sehinggalah mendapat keputusan yang cemerlang. Terima kasih sekali lagi.....



12 comments:

  1. Assalamualaikum Kadetkelly..
    Insyallah saya cuba yang terbaik...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum cikgu,
    Tugas guru tiada perhentiannya...semoga dapat melaksanakannya dengan cemerlang.

    ReplyDelete
  3. Salam,Tahniah Cikgu Siti semoga menjadi pendidik yang cemerlang.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum....
    Terima kasih atas sokongan cikgu.Kita sebagai pendidik, mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang berguna pada masa hadapan.

    ReplyDelete
  5. Tiada yang lebih mengembirakan seorang guru selain kejayaan anak muridnya. Tahniah,buat cikgu!

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Tuan Arif.
    Terima kasih atas pandangan cikgu. Sebagai seorang guru itulah harapan kita. Kejayaan seorang murid adalah kejayaan seorang guru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Cikgu Hjh Sitti,Sekali lagi saya ucapkan tahniah diatas kejayaan anak cikgu mendapat 5A dalam UPSR. Kejayaan anak itu adalah dari pendidiknya. (Guru dan ibubapa)

      Delete
    2. Waalaikumsalam Ros....
      Terima kasih atas pandangan cikgu...
      Kerjasama dari semua pihak amatlah diharapkan untuk mendidik anak murid agar mencapai kejayaan yang cemerlang.
      Terima kasih sekali lagi...

      Delete
  7. Mekom...saya juga ingin mengucapkan tahniah di atas kejayaan anak dan murid-murid hajjah...itulah hasil usaha yang begitu dinantikan....syabas....

    ReplyDelete
  8. Waalaikumsalam cikgu...
    Terima kasih atas ucapan tersebut...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum...Syabas, cikgu telah berusaha sehingga murid-murid berjaya dengan cemerlang.

    ReplyDelete